Tuesday, January 8, 2008

HOUSE ARREST

Oleh kerana post ini ialah post pertama dalam blog ini. Adalah baiknya jika aku memperkenalkan diri dan menceritakan sedikit sebanyak bagaimana aku boleh berada disini. Beberapa bulan lepas 2 orang manusia telah memisahkan aku daripada Ibu dan adik beradik dan telah meletakkan aku dalam 'house arrest', untuk berapa lama? jangan tanya, aku pun tak tau camna nak bajet. Mereka telah mencampakkan aku ke dalam dunia asing dan mengurung aku di dalam rumah kecil ini.. Tak cukup dgn itu, mereka telah menukar nama aku kepada Bowie, mungkin mereka rasa dgn memberikan aku nama sempena nama 'David Bowie' akan menambahkan kredibiliti indie mereka.


gambar : david bowie

Perasan kau.

Lately, aku dapat tau byk jugak personaliti yang senasib dgn aku. Suu Kyi, Suharto, Zulfikar Ali Bhutto, Paris Hilton & Dr Dre. mereka semua ini pernah di tahan di dalam rumah pada satu masa dalam hidup mereka. Tapi yang aku nak citer disini ialah kisah Chia Thye Poh rakyat singapura, yang kena masuk lokap selama 23 tahun dan kemudiannya di tambah 9 tahun lagi di tahan di dalam rumah guard kat pulau sentosa. Masa di tahan kat rumah guard tu boleh pulak Kerajaan Singapura suruh dia bayar sewa dgn cari makan sendiri! Brutal beb....LKY, lu memang rawk. nak tau lebih lanjut.. sila baca wikipedia.

Anyway, adalah selamat untuk menganggap tahanan aku ini lebih kurang macam ISA. Ditahan tanpa bicara. Mungkin ini adalah satu hikmah untuk aku.



Kerana, jika aku dibicarakan atas dakwaan 'comel tanpa bandingan' mungkin hukuman yang aku terima lebih teruk dari apa yang aku hadapi sekarang. guilty as charged. Tapi, situasi ini hanyalah satu fasa dalam hidup aku, satu hari nanti.. aku akan bebas juga.



Michael Scofield.. I'll make you proud.

1 comment:

jareyj said...

emmmm....cayalaahhh..