Monday, January 19, 2009
Sunday, December 14, 2008
AZAM 2009
Newsflash! saya masih disini. Nampaknya 'penjara' ini mempunyai security yang lebih ketat dari Whitley Road Detention Centre di Singapura. Pelbagai rancangan telah diatur dan dilaksanakan tapi nampaknya setakat ini semuanya telah berjaya ditumpaskan.
I'm at my wits end. I am at my last resolve. apakah rancangan terbaru aku kalau kamu ingin tahu? kalau tak berjaya lagi inilah yang dikatakan sebagai
FAIL
rancangan terbaru ialah mengeluarkan bunyi yang sangat menjengkelkan dgn kuat berulang2 kali sehingga mereka melepaskan saya keluar sendiri secara sukarela. Hebat kan?
Friday, January 18, 2008
PLANZ, I HAS DEM
Setiap hari... aku merenung..
apakah dunia disebalik pintu ini dapat menjanjikan aku kebahagiaan.
Setiap kali bila pintu dibuka.. aku mengambil peluang untuk lari keluar.. hanya untuk dibawa masuk kembali.
aku tewas..
tewas dalam angan-anganku.. tewas juga dalam sedarku.
gambar : gaya seorang kucing yang tertewas
does it hurt?
yeah..
where does it hurt?
everywhere
maybe there's a reason for you to get hurt.
- Grey's Anatomy
Thursday, January 17, 2008
ULASAN MAKANAN
Gambar : Inilah riak muka aku bila diberikan makanan selalunya.
Saya ingin memulakan blog post ini dengan satu soalan. Apakah makanan kegemaran anda?
Jawapannya tentu sahaja makanan yang sedap-sedap.
Cuba bayangkan makanan paling sedap yang pernah anda makan dan cuba digest fakta ini. Yang dimana, para saintis telah bersetuju yang seorang manusia mempunyai 9000 deria rasa berbanding dgn kucing yang hanya mempunyai 473 deria rasa.
Saya ingin bertanya lagi.. pernahkah anda rasa makanan kucing?
Moral of the story? Berikanlah makanan-makanan yang anda sendiri rasa sedap untuk kucing-kucing anda.
Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)