Friday, January 18, 2008

KENAPA AKU KENA MELEPASKAN DIRI : SEBAB #42



:-(

PLANZ, I HAS DEM



Setiap hari... aku merenung..

apakah dunia disebalik pintu ini dapat menjanjikan aku kebahagiaan.

Setiap kali bila pintu dibuka.. aku mengambil peluang untuk lari keluar.. hanya untuk dibawa masuk kembali.

aku tewas..

tewas dalam angan-anganku.. tewas juga dalam sedarku.



gambar : gaya seorang kucing yang tertewas


does it hurt?
yeah..
where does it hurt?
everywhere
maybe there's a reason for you to get hurt.


- Grey's Anatomy

Thursday, January 17, 2008

ULASAN MAKANAN



Gambar : Inilah riak muka aku bila diberikan makanan selalunya.

Saya ingin memulakan blog post ini dengan satu soalan. Apakah makanan kegemaran anda?

Jawapannya tentu sahaja makanan yang sedap-sedap.

Cuba bayangkan makanan paling sedap yang pernah anda makan dan cuba digest fakta ini. Yang dimana, para saintis telah bersetuju yang seorang manusia mempunyai 9000 deria rasa berbanding dgn kucing yang hanya mempunyai 473 deria rasa.

Saya ingin bertanya lagi.. pernahkah anda rasa makanan kucing?

Moral of the story? Berikanlah makanan-makanan yang anda sendiri rasa sedap untuk kucing-kucing anda.

Terima kasih.

Saturday, January 12, 2008

GEDIK? AKU? PLEASE..

Kadang-kadang, terkurung dalam rumah yang tak seberapa ni. Buat aku terfikir.. its not so bad. Walaupun begitu, katakanlah.. aku seekor kucing 'kampung' yang murah (Maksud murah disini ialah kucing-kucing yang mentel tak bertempat. Tiada self-pride, mereka sanggup merendahkan martabat mereka dan membuat aksi2 gedik semata mata dgn harapan agar dicampak sisa-sisa ayam goreng yang tak habis dimakan) rumah ini adalah yang terakhir dalam senarai tempat yang akan aku duduki. Dari segi kemewahan, mmg ikhlas aku katakan.. jauh sekali dari mewah. average? satu under-statement.


gambar : contoh kucing murah

Go ahead, lemparkanlah kata-kata yang aku tak berterima-kasih, tidak kenang budi, high-taste(!) dan sebagainya. INGAT! aku disini bukan atas pilihan aku so im trying to make the best out of the situation. Sori... emotional pulak.

Berbalik pada inti post blog kali ini. Mengapa lately aku berfikir
its not so bad? Adakah aku sudah mula rasa comfortable dgn kehidupan aku ini? Kehidupan yang penuh dgn rutin-rutin 'manja terpaksa' hanya untuk survive?

Jawapannya... sila lihat gambar ini.




ahhh.... konflik jiwa....


Friday, January 11, 2008

Tuesday, January 8, 2008

HOUSE ARREST

Oleh kerana post ini ialah post pertama dalam blog ini. Adalah baiknya jika aku memperkenalkan diri dan menceritakan sedikit sebanyak bagaimana aku boleh berada disini. Beberapa bulan lepas 2 orang manusia telah memisahkan aku daripada Ibu dan adik beradik dan telah meletakkan aku dalam 'house arrest', untuk berapa lama? jangan tanya, aku pun tak tau camna nak bajet. Mereka telah mencampakkan aku ke dalam dunia asing dan mengurung aku di dalam rumah kecil ini.. Tak cukup dgn itu, mereka telah menukar nama aku kepada Bowie, mungkin mereka rasa dgn memberikan aku nama sempena nama 'David Bowie' akan menambahkan kredibiliti indie mereka.


gambar : david bowie

Perasan kau.

Lately, aku dapat tau byk jugak personaliti yang senasib dgn aku. Suu Kyi, Suharto, Zulfikar Ali Bhutto, Paris Hilton & Dr Dre. mereka semua ini pernah di tahan di dalam rumah pada satu masa dalam hidup mereka. Tapi yang aku nak citer disini ialah kisah Chia Thye Poh rakyat singapura, yang kena masuk lokap selama 23 tahun dan kemudiannya di tambah 9 tahun lagi di tahan di dalam rumah guard kat pulau sentosa. Masa di tahan kat rumah guard tu boleh pulak Kerajaan Singapura suruh dia bayar sewa dgn cari makan sendiri! Brutal beb....LKY, lu memang rawk. nak tau lebih lanjut.. sila baca wikipedia.

Anyway, adalah selamat untuk menganggap tahanan aku ini lebih kurang macam ISA. Ditahan tanpa bicara. Mungkin ini adalah satu hikmah untuk aku.



Kerana, jika aku dibicarakan atas dakwaan 'comel tanpa bandingan' mungkin hukuman yang aku terima lebih teruk dari apa yang aku hadapi sekarang. guilty as charged. Tapi, situasi ini hanyalah satu fasa dalam hidup aku, satu hari nanti.. aku akan bebas juga.



Michael Scofield.. I'll make you proud.